Daisypath Anniversary tickers

7.3.11

Merisik, Bertunang dan Kahwin

Rutin harian pagi aku time kat ofis adalah berblogwalking. Tak sangka memang kat malaysia ni ramai rupanya orang yang suka berblog. Setiap hari mesti ada je blog baru yang best akan aku baca. Entahmacam mana tadi jalan punya jalan, termasuk dalam 1 page ni. Secara tak sengaja ye..
Ohh.. baru tahu.. sebenarnya sebelum ni juz tahu sikit2 je.. Tapi bila baca baru sedar banyak jugak benda yang aku kurang tahu. -__-'


So, aku letak info ni dekat sini supaya senang sesiapa yang nak tunang or kawin boleh rujuk kat sini. Maklumlah sekarang kan musim kahwin. Minggu ni saja da banyak invitation yang aku dapat. Makan free.. woowoo..



Stage 1 : Perkenalan (In a relationship)
Merisik - Wakil dari pihak lelaki (sama ada ibubapa ataupun pakcik) pergi ke rumah ibubapa perempuan untuk bertanya sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Barang yang disediakan ialah cincin belah rotan dan hadiah.

STAGE 2: Peminangan (Engagement)
Meminang - Rombongandari pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk meminang iaitu mengikat tali pertunangan. Mereka akan membawa tepak sireh dan secara tradisi ada acara membalas pantun. Sekiranya pihak perempuan bersetuju, maka mereka akan mengambil tepak sireh dan emmberi sireh junjung..
Aca berbalas dulang hantaran juga diadakan pada majlis pertunangan ini. Selepas itu ada sedikit jamuan untuk rombongan dan keluarga pihak lelaki.

Daftar Pernikahan (Registration)
Proses pendaftaran mungkin sedikit berbeza mengikut negeri. Antara dokumen yang perlu disediakan termasuklah sijil kursus pra-perkahwinan yang sah, ujian saringan HIV di klinik kerajaan, dan salinan kad pengenalan dua orang saksi.

Persediaan (Preparation)
Persedian ini disusun mengikut keutamaan dan kepentingan (urgent and important). Kalau buat di dewan, kena tempah awal seelok-eloknya 12 bulan sebelum tarikh nikah.
Antara persediaan lain termasuklah menempah untuk katering, baju pengantin, berkat/cenderahati atau doorgift, kad jemputan, jurugambar, pelamin, bilik pengantin, sistem PA, DJ, emcee, silat, kompang serta karaoke atau live band.

STAGE 3: Pernikahan (Marriage)
Akad Nikah (Solemnization) - Biasanya diadakan di rumah atau masjid. Pihak lelaki perlu menyediakan mas kahwin atau mahar serta cincin kahwin. Selain itu perlu menyediakan wang untuk membayar khidmat pendftar nikah dan saksi. Selepas itu biasanya ada jamuan ringkas.

Berinai - antara adat orang Melayu dimana pengantin akan bersanding secara bersendirian untuk mengelakkan rasa gemuruh ketika bersanding berdua nanti.

Kenduri Kahwin - ataupun dikenali sebagai Walimatul Urus (dalam bahasa Arab yang bermaksud jamuan makan para pengantin). Antara adat yang terlibat ialah persandingan, menepung tawar dan makan beradab. selain itu pengantin hendaklah memastikan perkara-perkara yang dirancang berjlan lancar.

Sambut Menantu - iaitu kenduri perkahwinan sebelah pihak lelaki. Hampir saam dengan sebelah perempuan cuma berlainan tempat.

Ziarah (Visit) - menziarahi keluarga terutama datuk, nenek, pakcik, maksik kedua-dua pihak untuk memperkenalkan pasangan.

Berbulan Madu (Honeymoon) - bercuti dan melancong berdua-duaan.


**Banyak jugak eh proses dia. Huhh.. Info diambil dari SINI. Bertujuan untuk berkongsi maklumat. Sharing is caring kan. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...