Daisypath Anniversary tickers

19.2.11

Punca Penggunaan Minyak Petrol Betambah


Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.


Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan oleh beberapa faktor seperti: 
  1. Kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat. 
  2. Saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.

Bagi mengetahui puncanya, pertama pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan. Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.
Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Periksa punca kebocoran berlaku sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkn tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.


  1. Sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15% di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20% atau lebih.
  2. Perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan. Perhatikan dalam but kereta, mungkin ada barang yang tidak sepatutnya dibawa.
  3. Enjin dalam keadaan panas normal membantu prestasi kereta. Biar enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sesekali memulakan perjalanan tanpa merancang terlebih dulu.


f/n: Source

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...