Daisypath Anniversary tickers

7.1.11

Tips Menghadapi Orang yang Annoying



Sambungan dari kisah INI.

OK. Secara teknikalnya kita rasa macam ramai jerks kat luar sana yang bersepah2. Tapi in fact diorang sume tu sebenarnya minoriti je. TAPI disebabkan kita selalu biarkan spesies2 ni take over kita punya mind space, secara otomatik kita da buat golongan minoriti ni nampak  lebih ramai dari bilangannya. Ehh… Faham idak??..
Jadi, Macam mana kita nak berhadapan dengan spesies yang camni??
Kalau kita luar dari bidang kerja, for sure kita boleh walk away je (maksudnya bla dari tempat kejadian segera agar benda2 tu tak menjadi lebih parah). Sebagai contoh, kau pergi 1 kedai ni, and dia punya staff tergolong dengan spesies annoy ni, diminta lah untuk kau berambus dari situ dan jangan lah menghadap muka mereka lama2 sebab boleh buat hati kau makin sakit lagi ok. Trust me.
Kalau kat ofis lak?? Memang confirm la kau tak boleh walk away sesuka hati je. Sebabnya? Kalau kau blah, 5 minit lepas tu kau kena hadap balik muka dia. Betul tak?? So, dalam kebanyakan kes (cam parah je dah kisah ni), nak tak nak ko kena stay and resolve issue tu sendiri.
Strategi yang paling bagus sekali adalah untuk menjadi kurang pemarah (cam tak boleh buat je.. tak pe, cuba!). Strategi lain yang boleh tolong kamu untuk menjadi kurang annoyed time kerja:

1.       Sentiasa bertenang. Sebab? Agar kau tak buat benda yang kurang bijak.
Kadang2 bila kita sangat2 marah, kita mesti akan buat benda yang diluar jangkaan kemudian menyesal. Jadi silalah bawa bertenang, tarik nafas dalam2 dan insyaAllah kau akan mampu untuk berfikir terlebih dahulu apa yang wajar dan tak wajar sebelum bertindak.
Arrghh!!


2.       Marah selalu bermaksud sentiasa tinggal di dalam kegelapan kemarahan
Kalau kau asyik rasa nyampah untuk dulu, kini dan selamanya memang sampai ke tua la kau hidup dalam bad mood kau tu. Dan kau juga akan cepat marah walaupun benda yang kau marah tu kecik je kisah nya macam ada orang jalan kaki terpijak semut ke. Eh.. ada ke camtu??

3.       Annoy mereka balik
Kalau orang tu memang ada niat nak annoy kau, cara paling efektif sekali nak annoy diorang balik adalah degan cara stay cool. Duduk le bawah aircond ke, depan kipas ke o dalam fridge ke. Bila kau dah cool, kau buat muke tak peduli and say WHAT??
Err.. WHAT?? i cant hear u


4.      Kasihani mereka
Dari kau naik angin tak tentu pasal terhadap golongan camni, kesiankan lah mereka. Jerks are very often jerks because they feel bad themselves, dah tak boleh nak diubah. Membenci mereka sangatlah membuang masa dan tenaga kita. Baik kita buat benda yang lebih berfaedah dan menguntungkan diri sendiri dan keluarga.

5.       Bukan tentang kamu
Kebanyakan jerks yang kau jumpa bukanlah berniat nak kenakan kau sorang saja. Kadang2 diaorang sendiri pun tak tau yang diaorang ni da wat kau annoy. Kes tak sedar diri lah ni. Secara peribadinya – inilah cara mereka melayan orang di sekeliling mereka. (perlu dihantar ke sekolah balik untuk dididik)
Its not about you


6.      Hilang kesabaran buat kau nampak teruk
Ye. Memang tak dinafikan kesabaran kita ni ada batasnya. Tapi perlu diingat walaupun kau di jalan yang benar sekalipun, bila kau dah naik angin tiba2 mengamuk, menjerit dan meracau tak tentu pasal di depan orang ramai akhirnya kau akan nampak silly. Sama juga bila semua benda tu sebenarnya salah kau, tapi kau mengamuk pada orang lain. Tu lagi lah silly berganda ganda.

7.       Ketawa mengenainya
Kebanyakan jerk yang ada di tempat kerja memangtersangatannoying. Tapi kalau kau tengok dalam2 dan betul2 (muhasabahkan diri), selebihnya ia kelihatan pathetic (menyedihkan) and ridiculous. Laugh at it, rather than get annoyed.
Haha.. totally pathetic!

Secara Kesimpulan yang bersimpul simpul, perkara diatas bukanlah bertujuan untuk suruh kamu, kamu dan kamu tahan dengan perangai orang macam ni. Ia juga bukan tentang untuk menjadi humble atau sopan santun atau tak pernah complain tentang kesalahan yang orang lain buat. Ini semua tentang bulan untuk tidak cepat marah pada annoying people, sebab marah adalah benda yang tidak bagus untuk kamu. Pernah dengar kan ayat, “jangan cepat marah nanti cepat tua”, or “jangan marah nanti kena jual”..  Takut tak?? Sila takut sekarang..

SEKIAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...