Daisypath Anniversary tickers

19.12.10

Melancong Dengan Pelbagai Bajet

Beznye...

Bagi sesetengah orang, impian nak berjalan-jalan melihat tempat mahupun negara orang tahun ni mungkin terkubur dek pelbagai sebab – sama ada kerana bonus yang dinanti langsung tak kunjung jelma ataupun kenaikan gaji yang didambakan pun tak jadi kenyataan. Nanti dulu!! Jangan biarkan perkara sebegini jadi penghalang untuk kamu bercuti panjang meluaskan pemandangan dan merehatkan fikiran yang kusut dek bebanan kerja. Berpegang kepada konsep fun, fearless and fabulous. Sama ada berbajet rendah, sederhana atau kamu dah ada wang terkumpul untuk percutian idaman, silalah buat pilihan ya…
Bajet Di Bawah RM500

Lupakanlah dulu pelancongan gempak nun jauh ke luar negara. Apa kata berjalan-jalan di dalam Malaysia saja. Ada banyak tempat yang mungkin belum pernah atau sempat kamu terokai. Sebenarnya dengan wang sebanyak itu, kamu dah boleh tempah bilik selesa di hotel mewah! Cari bilik yang menawarkan pelbagai pakej menarik, yang membolehkan kamu menikmati tidur malam enak di bilik gempak malah mencuba sesi manjakan diri.


Bajet Di Bawah RM1,000

Jika ada sebanyak ini, kamu dah selayaknya berjalan-jalan naik kapal terbang. Di sekitar Asia Tenggara ada pelbagai tempat menarik. Kalau mahu bershopping, apa kata ke hot spot gempak seperti Bangkok dan Bandung. Rajin-rajinkan diri untuk check out pakej yang ditawarkan AirAsia www.airasia.com.my yang membolehkan kamu menempah tiket penerbangan dan bilik hotel dengan kadar amat berpatutan.


Bajet Dari RM1,000-RM5,000

Wah, nampaknya memang kamu dah berjimat cermat cukup lama. Dengan itu, kamu memang layak mendapat percutian idaman! Biarpun mungkin tak sampai ke Eropah, tapi negara di Asia juga tak kurang hebatnya. Ingin rancang percutian sendiri, terus saja ke www.malaysiaairlines.com untuk jadual lengkap penerbangan dan lokasi yang serasi dengan bajetmu. Jom cuti!    





CUTI  SAAT AKHIR? Apa Salahnya...

Sesetengah orang merancang lama untuk pergi bercuti, kira okeylah juga. Tapi apa kata cuba jadi lebih fun, fearless and fabulous dengan memilih pakej secara last minute. Ini kerana banyak syarikat pelancongan mahupun penerbangan menawarkan pakej murah di saat-saat akhir. Dengan syarat, kamu kena rajin “mencarinya” dan tak terus “terkam” tawaran menarik pertama yang muncul depan mata.


**Sumber dari majalah COSMOPOLITAN November 2009

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...