Daisypath Anniversary tickers

23.12.09

...::KeNaLi DiRi::...





1. BeRi DiRimu MaSa.

Jangan anggap segalanya akan berlaku dalam sekelip mata. Anggaplah usia 20-an itu masa untuk kamu mencuba kerjaya berlainan, perhubungan dan serta menikmati hidup sepuas-puasnya.






2. AmBiL peLuaNg.

Sekarang bukan masa untuk selesaikan segalanya - tapi ini adalah masa untuk mencari apa yang buatmu gembira. "Penjelajahan" adalah satu-satunya cara untuk mengetahui apa (dan siapa!) yang kamu suka, dan pada usia muda inilah kamu boleh lakukannya.



3. WaSpaDa DenGaN keMuRuNGaN.


Usia 20-an antara kumpulan berisiko hadapi kemurungan, kebanyakannya disebabkan perubahan sukar ke alam dewasa. Kenali petandanya - kelesuan, lekas marah, kerisauan, berputus asa dan perubahan dalam corak tidur dan pemakanan. Dapatkan bantuan profesional dengan segera.



4. ElaK TerLalu SeMpuRNa.

Jangan risau jika kamu "sesat" atau tak tahu apa dilakukan. Apa yang penting, buat yang terbaik dan lihat hasilnya. Sikap positif membawamu lebih jauh berbanding ingin jadi terlalu sempurna. Kamu bukannya bersaing dengan sesiapa dan jangan buat keputusan dengan melihat apa yang temanmu capai kerana setiap orang mempunyai peluang dan takdir yang berbeza.





5. TaK PeRLu MeNunGGu.

Untuk mengenali diri, ia mungkin mengambil masa seluruh hidupmu. Jika kamu menjadikannya sebagai syarat dalam mencari kerja, kamu takkan rasa bersedia selamanya. Terima segala kebetulan. Berhenti Berhenti berlengah-lengah, ikut saja kata hatimu dan tempuhinya. Ia cara terbaik untuk mengetahui sama ada kamu manyukainya dan secara tak sengaja kamu akan "temui" dirimu sebenarnya.


6. BerTeNanG TeRhaDaP PiLiHaN.

Apa sahaja peluang yang ada di hadapanmu, cuba lakukannya. Jika kamu tak menyukainya, berhenti saja dan cari peluang lain pula. Tak kisahlah jika kamu perlukan 10 tahun untuk menyesuaikan diri, ceburkan diri dalam bidang yang boleh buatmu lebih berjaya, bukan hanya berada di takluk sama selamanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...