31.12.10

Suruh senyum?

Jagan harap!

Macam mana nak senyum kalau hati sakit.

Da la! 

30.12.10

Tak Jeles Pon

Sana sini orang dok war war kan kat fesbuk yang besok mereka cuti.
Dapat cuti sehari je pun, bukan setahun.
(Nada orang jeles)

Fine2.. saye jeles..
Tapi tak pe..

Saya seorang yang berdedikasi.
Beruntung bos saya mengambil saya bekerja.
Hahhaaa...

*
*
*
*
*

Aissshhh.. 

-_-

29.12.10

Sape nak Netbook Acer Aspire?

Relek2.. Ini bukanlah satu contest dan pemenang memperoleh 1 Netbook..
Bukan bukan. Sila jangan salah faham.

Entri ini ditujukan khas kepada warga2 Malaysia 
terutama sekali rakyat negeri Perak. 
Dan juga kepada sesiapa yang berminat untuk
memiliki sebuah netbook seperti yang tertera di bawah.



Harga sebelum ni dijual pada RM 1288 tapi sekarang RM 1199.
Terdapat dalam 2 pilihan warna, PURPLE dan RED.
Oh ye dengar cerita ada free gift sekali dengan setiap pembelian.

Sesiapa yang berminat sila tingalkan emel anda di ruangan comment.

Sekian Terima Kasih.
Papai..


f/n: Jangan risau, netbook ini adalah baru a.k.a fresh dari ladang.
        Dijual di kedai komputer dan mereka cuma ingin menjual netbook ini agar
      dapat masukkan netbook yang latest.

2011

2 hari 11 jam sebelum tibanya Tahun Baru 2011


.
Mesti ramai yang da buat azam untuk diri sendiri.
Tapi azam untuk 2010 da settle ke..??
Macam tak je kan..
Sila bawa azam itu ke tahun hadapan ye, (bal. brought foward)

For me, azam yang di buat untuk 2010 dulu tak ada pun.
So, untuk 2011 ni sudah dipersiapkan dengan azam2 yang baru.
Baik dari segi tangible mahupun intangible.
(kalau tak faham ape yang aku merepekan, sila buat2 faham)

Ada banyak benda yang aku harap boleh dibuat pada 2011 ni.
Kalau tak dapat pun aku akan cuba untuk mendapatkan nya.

Tapi apa yang penting, aku nak jadi lebih pemaaf dan cool..
(selama ni tak tau le aku cool ke tak, 
ni kena di conformkan dengan kawan2 disekeliling)

Okeh.. tu saje.
Papai!

28.12.10

Tanpa Kau Disini

Bangun pagi, bersiap sedia..
Keluar rumah dengan muka yang heppy..
sedang asyik menikmati waktu yang indah
dapat mesej..

Text received
>>Akak.. Arini MC..

Ehhh.. tetibe terus mood down..

Kenapa kau yang nak sedih, kan orang lain yang sakit..
Sedih sebab memikirkan apa mahu dibuat hari ni di ofis?
Tanpa Partner in Crime disisi..
Aissshhhh.. memang bosan..

As i imagine..
Hari yang dilalui memang amat bosan..
>Lunch bersama ikan2 yang sentiasa kelaparan 
dan mengharapkan kau memberi mereka makan..
(kesian kat ikan2 tu)
>Tak de idea yang kreatif untuk buat countdown slideshow
(kamon2!! 3 days , 09 hour , 54 min, 50 sec left babe!!)
(waktu berdasarkan masa di tempat kejadian)
>PC yang mengada-ngada sampai keyboard & mouse perlu diganti lain..
Kalu dapat baru tak pe, ni 2nd punya. Memang tak best hokeh!
>..... tak tahu lagi apa yang bakal di tempuh selepas ini..

Apa pun,
Redha je le..

Cik Adik, Sile cepat sembuh ye..
Boleh kite wat perangai and kecoh kat pekan koboi ni time lunch.
sekiann.. -_-

Yeah. Partner in Crime..


24.12.10

The Power of B

Sedang khusyuk ber jalan di blog orang lain, ternampak benda ni.
Tetiba rasa nak buat jugak.. For fun dan untuk membunuh masa je..

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

Gambar hiasan semata2..

1. What is your name : Bariah
2. A four letter word : Baby
3. A boy's name : Bulan (:p)
4. A girl's name : Balqis (like)
5. An occupation : Building Surveyor
6. A color : Black, Blue (Wah bangga)
7. Something you'll wear: Baby Tee 
8. A food : Bihun Sup 
9. Something found in the bathroom: Berus Gigi
10. A place : Bali
11. A reason for being late : Bas lambat
12. Something you'd shout : Biar betul!?
13. A movie title : Batman
14. Something you drink : Bandung Sirap
15. A musical group :  Blink 182, Breaking Benjamin
16. An animal : Black Panther
17. A street name : Besar (Jalan Besar daa..)
18. A type of car : BMW X5 (wahh..)
19. Title of a song : Baby I Love You


f/n_ haahaa.. see.. benda camni walaupun membuang masa, i still find its fun. 
         Dengan itu saya tagged dekat semua readers. Enjoy!
 

Entri Tak Berperasaan

Mungkin atau maybe..
Ya atau yes..
Semua suke suke
Cari pasal dan penyakit
Duduk diam diam 
tanpa sepatah kata
Mampu memuhasabahkan diri.






Mood_ dlm demam tapi masih mahu menaip. Peace!

22.12.10

Black Eyed Peas - The Time (Dirty Bit)

Mirror, mirror on the wall
Who's the baddest of them all?

19.12.10

Melancong Dengan Pelbagai Bajet

Beznye...

Bagi sesetengah orang, impian nak berjalan-jalan melihat tempat mahupun negara orang tahun ni mungkin terkubur dek pelbagai sebab – sama ada kerana bonus yang dinanti langsung tak kunjung jelma ataupun kenaikan gaji yang didambakan pun tak jadi kenyataan. Nanti dulu!! Jangan biarkan perkara sebegini jadi penghalang untuk kamu bercuti panjang meluaskan pemandangan dan merehatkan fikiran yang kusut dek bebanan kerja. Berpegang kepada konsep fun, fearless and fabulous. Sama ada berbajet rendah, sederhana atau kamu dah ada wang terkumpul untuk percutian idaman, silalah buat pilihan ya…
Bajet Di Bawah RM500

Lupakanlah dulu pelancongan gempak nun jauh ke luar negara. Apa kata berjalan-jalan di dalam Malaysia saja. Ada banyak tempat yang mungkin belum pernah atau sempat kamu terokai. Sebenarnya dengan wang sebanyak itu, kamu dah boleh tempah bilik selesa di hotel mewah! Cari bilik yang menawarkan pelbagai pakej menarik, yang membolehkan kamu menikmati tidur malam enak di bilik gempak malah mencuba sesi manjakan diri.


Bajet Di Bawah RM1,000

Jika ada sebanyak ini, kamu dah selayaknya berjalan-jalan naik kapal terbang. Di sekitar Asia Tenggara ada pelbagai tempat menarik. Kalau mahu bershopping, apa kata ke hot spot gempak seperti Bangkok dan Bandung. Rajin-rajinkan diri untuk check out pakej yang ditawarkan AirAsia www.airasia.com.my yang membolehkan kamu menempah tiket penerbangan dan bilik hotel dengan kadar amat berpatutan.


Bajet Dari RM1,000-RM5,000

Wah, nampaknya memang kamu dah berjimat cermat cukup lama. Dengan itu, kamu memang layak mendapat percutian idaman! Biarpun mungkin tak sampai ke Eropah, tapi negara di Asia juga tak kurang hebatnya. Ingin rancang percutian sendiri, terus saja ke www.malaysiaairlines.com untuk jadual lengkap penerbangan dan lokasi yang serasi dengan bajetmu. Jom cuti!    





CUTI  SAAT AKHIR? Apa Salahnya...

Sesetengah orang merancang lama untuk pergi bercuti, kira okeylah juga. Tapi apa kata cuba jadi lebih fun, fearless and fabulous dengan memilih pakej secara last minute. Ini kerana banyak syarikat pelancongan mahupun penerbangan menawarkan pakej murah di saat-saat akhir. Dengan syarat, kamu kena rajin “mencarinya” dan tak terus “terkam” tawaran menarik pertama yang muncul depan mata.


**Sumber dari majalah COSMOPOLITAN November 2009

16.12.10

14.12.10

Berita Tergempar!

Salam.. Its been for a while I didn’t upload any new story in this blog. 
Ada banyak benda yang berlaku lately, tapi most of it sedih. 
Saya tak mahu cerita pasal benda tu di sini.
 Menyakitkan hati je bila di ingatkan balik. 
Tapi ada gak benda yang happy berlaku.

Mahu ke sini... 
 And tak kurang jugak kerja2 da makin bertambah2.
 Saya pun da makin pening tak tahu nak mulakan yang mana dulu sebab semua nya must be done by the end of this year.. 
Oh. Lepas settle semua ni rasa macam mau ambil cuti and pergi bercuti jaoh2.. 
Tak kisah lah bajet bape, 
janji hati puas and benda remeh yang ada dalam 
kepala ni pergi dengan kadar segera! 

ps> Saje2 je letak title tak berkaitan dengan cerita.  :)

9.12.10



I said it’s too late to APOLOGIZE

8.12.10

I Want u to know

Susah, sangat susah bila hari2 kena 
berdepan dengan perkara yang dibenci. 
Kadang2 rasa macam nak larikan diri 
dari semua benda ni, 
tapi tak tahu arah mana yang patut di tuju. 
Harapan sangat tinggi tapi 
yang dapat cuma tempias kehampaan. 
Setiap hari, buka mata, 
berharap agar mimpi buruk semalam tidak berulang. 
Berharap agar hari ini mampu menjadi hari 
yang lebih baik dari semalam.. 
Harus kuat, harus tabah, harus cekal.
 Berkat doa dan usaha yang berterusan tanpa berputus asa, INSYAALLAH, 
pasti akan dapat apa yang diharapkan satu hari nanti.. 

6.12.10

Tahun Baru, Azam Baru..

Terlebih dahulu ingin mangucapkan 
SALAM MA’AL HIJRAH 
kepada semua umat Islam.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini 
dapat memberi peluang kepada kita untuk 
memperbaiki diri disamping berusaha untuk 
menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.

InsyaAllah..






f/n: img sources from here.

1.12.10

Birthday

30 11 2010






To En. Bulan:
Terima Kasih banyak2 sebab cuba sedaya upaya 
untuk happykan Cik Luna.
Cik Luna minta maaf kalau ada banyak buat En. Bulan 
sedih and susah hati..

HAPPY ANNIVERSARY YG KE-2..
Cik Luna sayangkan En Bulan.
Always and Forever..


Mentang2 le tarikh selang bape hari je, hadiah pun dpt 1 je. -__-"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...